Friday, November 27, 2009

JANGKA HAYAT DIRI

Allah telah menentukan kejadian hambanya yang bernama Insan sejak pertemuan benih Bapa dengan benih Ibu dalam Rahim Ibu sudah berlaku jangka hayat yang tidak berganjak sama ada maju atau undur bahkan Allah telah menyediakan pelan kejadianya terus mara sehingga keakhir hayatnya .

Allah telah menentukan dua Malaikat kiraman Katibin yang melekat tidak akan berganjak dan terus mencatatkan semua sekali buruk baiknya hamba Allaj yang bernama Insan itu tidak akan tercicir kerana peranan dua Malaikat hanya terpisah apabila hamba Allah itu mati.

Rahmat Allah yang menentukan kandungan ibu menjadi Insan menjalani Sunnahh Hayatnya mengikut pelan Kanan atau akan mengikut pelan kiri, dari bayi kecil sudah mula kelihatan ditubuh dan wajahnya berseri atau pudar , tangisanya menyukakan atau menyedihkan ibu bapa dan yang mengelilinginya sudah mula menikmati pancaran kebahgiaan semua memuji dan merinduinya ingin sahaja tangan mednyentuhi tubuh yang comel akan senang hati menataf wajah bayi kecil yang dikatan belum mengerti apa apa tetapi hati nurani yang berada denganya seperti menatap bulan terbit malam dilangit yang bersih membiru berkilauan sesungguhnya maha kaya Tuhan berlaku kepada yang bukan pujangga tidak pandai bersyair tiba tiba sahaja bolih mengarang madah madah yang tidak tertduga menjadi begitu indanh sehingga diungkapkan olih jenarasi demi jenarasi.

Entah bagaimana pilihan nama bayi itupun menjadikan lebih berseri seri gumbira hati mengulang ngulang memanggil mangil namanya terasa tidak puas puas dari bibir kebibir mengindahkan lagi berita ceritanya kena sahaja langkah baik untuknya, Membesarlah bayi bagaikan tidak disedari kena sahaja tidak tersalah rawat tidak terkhilaf ubat hati bagaikan tidak mahu berpisah jauh senangnya hati lapang sahaja masa untuknya tidak terasa penat tidak terasa malas terasa lapang sahaja, tidak terasaa lama beradaa disisinya ringan sahaja tangan membawa buah tangan umtuknya jauh dari merasa rugi bahkan merasa kesal kalau tidak menziarahinya.

Malam malam sebelum menjelang kelahiran bayi yang sangat mulia Allah menjadikanya
Langit cerah bersih tidak kelihatan awan dilangit sehingga bintang bintang yang berkilau kilawan sekeliling alam menjadikan sesuatu yang indah, bagi qabilah qabilah yang menyeberangi padang pasir kebiasaanya terpaksa berhenti bermalam menunggu hari esok paginya tetapi tidak dimalam itu ada diantaranya meneruskan perjalanan sehingga terasa letih dan mengantuk baharulah mereka berhenti rehat dan tidor malam dan beberapa malam awal bulan itu udara yang bersih agin juga tidak bertiup yang menakutkan menghalang perjalanan, bagi ahli ahli buintang yang menjadikanya sebagai satu ilmu ukuran untuk panduan mereka membuat apa apa juga yang hendak dilakukan mereka merasa takjub malam mal;am yang sedang dilalui itu begitu terang darti sejak awal matahari terbenam dikaki langit dicelah celah gunung ganang dari warna kemerahan membawa kekuningan dan hilang pancaran matahari yang sangat indah terpesona mata memandangnya dapatlah pula mereka mengenal rombongan qabilah yang pergi balik menuju ketempat tempat yang ditujuinya mereka berjalan sebelum jauh malam sebelum mereka berhenti berehat kedengaran suara sayup sayup mereka berqasidah ditengah-tengah malam yang sunyi sepi tetapi aman yang sangat bahagia tidak berlaku kejadian samun rompakan tidak ada yang berniat jahat.tidak juga ada binatang buas seperti singa serigala yang kebiasaanya mencri magsa ditengah malam itu tidak berlaku semua menyanyangi malam yang indah sahdu itu.

Tembah malam dinihari itu dirumah Abu Talib seorang ketua kaum qabilah yang dihormati sedang menghadapi seorang ibu yang sedang hamil sarat kelihatan resah hendak bersalin anak sulung itulah pengalaman pertama yang pada kebanyakan isteri ditemani olih seorang seorang suami tetapi berbeza dengan nasib ibu tunggal dirumah bapa mertua selain dari keluarga Abu Talib beberapa orang kenamaaan terdiri ahli keluarga yang terdekat sedang berkompol setelah diberitahu bahawa Siti Aminah Seurang ibu Tunggal yang ditinggalkan buat selamanya olih suaminya yang sangat dikasihi dan mengasihinya seorang suami sejak hampir enam bulan akan melahirkan seorang cucu anak sulung dari seorang anak yang sangat setia dengan ibu bapa dan keluarga pernah dicalopnkan untuk dikurbankan menjadi persembahan dengan berhala besar di sekitar Baitullah yang ketika itu menjadi berhala yang disembahkan dengan mengorbankan seorang putera lelaki kesanyangan tetapi dengan kehendak Allah juga Magsa yang bernama Abdullah itu terlepas dari menjadi korban.

Malam Sepuluh Rabiulawal bulan terbit belum sepenuhnya tetapi malam itu langit sangat bersih tidak ada sebarang awan sesungguhnya langit bersih cerah di[padang pasir yang tanpa ada hutan rimba langit sangat kilauwan pedagang yang melintasi gunung ganang padang pasir yang datang dari semua arah timor dari arah selatan dari arah utara kebanyakanya akan melintasi kota Mekah bagi mendapatkan bekalan air dan makanan merasa sangat segar olih tiupan aging yang lembut walaupun kebiasaanya agin kencang bolih memindahkan longgokan pasir beralih dari setempat kesetempat menyebabkan ramai Qabilah qabilah berhenti dimerata tempat merasa yakin malam itu tidak turun angin ribut pasir padang pasir sebelum mereka tidor kedengaran mereka berqasidah bersyaier sam bil dikelilingi Unta unta yang membawa muatan dagangan turut menikmati udara malam yang sangat syahdu anak anak muda peria peria gagah Qabilah Qabilah yang ada disekitar Kota Mekah daru Banu Hashim Banu Qainuqak dan lain lainya saling ronda meronda kawasan masing masing malam itu sungguh aman tidak berlaku sebarang Rampoh samun sebagainya bahkan masingh menikmati keindahan malam yang sangat indah walaupun mereka tidak tahu bahawa disuatu sudut soerang ibu sedang melahirkan seorang putera yang bakan menukar corah Aqidah dan menjadi tokoh pengaman.