Friday, May 5, 2006

MELAWAT KOTA BAHARU NEGERI KELANTAN ( Pantai Timor)




ANJURAN   KELUARGA ENCIK HAMID  SHAH .
Bertolak dari rumah Encik Hamid Shah  dikampong Sungai Lang Baru Banting Selangor  jam  11.00 malam pada  5 haribulan  Mei 2006,  hari Isnin Malam Selasa, dengan sebuah Bas Kilang , WAU 4129, membawa penompang seramai 42 orang terdiri  kaum bapa sebelas orang Kaum Ibu  juga sebelas yang lain anak-anak gadis dan kanak kanak  termasuk seorang kanak-kanak lelaki yang terkecil berumur dibawah sepuluh tahun.
Lawatan ini satu penghargaan  Encik Hamid Shah sekeluarga yang baharu  sahaja  menyempurnakan majlis  perkahwinan anak lelaki sulungnya ,  Pelancongan dalam negeri yang ditaja hanyalah tambang bas dan tempat penginapan  makan minum ditanggung oleh peserta sendiri disepanjang perjalanan pergi pulang selama tiga hari dua malam sampai balik kerumah.   Encik Hamid Shah seorang pengusaha menjual ayam daging sejak awal tahun delapanpuluhan berasal dari sebuah kampong  tidak jauh dari kampong Sungai Lang Baru brnama kampong Kundang yang baharu sahaja diistiharkan sebagai kamapong  termaju di negara ini kerana keperhatinan anak anak kamapong itu  menjaga dan membuat berbagai perusahaan kampong seperti kueh kueh tradisi sehinga dapat diexport keluar negara, beliau memulakan kerjayanya sebagai pengusaha menjual ayam daging itu yang dianjurkan olih persatuan peladang kawasan ketika itu kemudian berkenalan dengan seorang gadis yang ketika itu bekerja dengan persatuan peladang kawasana sebagai pembantu dipejabat berpindah dikampong itu menyewa rumah berkahwin dan sehingga sekrangh sudah bercucu dan maju dalam perusahaanya dari hanya menonggang motorsikal kecil sekarang mempunyai sebeuah banglow lengkap  menegderai kereta berbilang selain mercides pacauan emapat roda dan sedang memajukan tanah untuk perumahan dan juga sedang membina kedai sebanyak 11 buah diatas tanah yang baharu dibeli terletak dikepala jalan kampong itu.

Menganjurkan lawatan dalam negeri seperti ini kalau diator dari satu masa kemasa yang lain  dengan menentukan tempat dan masanya akan membuka mata kita sendiri keadaan negara kita dari semasa kesemasa melihat dari dekat bagaimana perubahan kemajuan yang mungkin ada kesamaan dan mungkin juga banyak yang lain berlainana rumapa cara dan faedah sesuatu pembangbunan yang mungkin juga amenelan belanja yang banyak bahkan itulah sebenarnya yang sepatutnya berkalu kepada sebuah negara yang kita ketahui banyak mepunyai sumber kekayaan yang patut lama sudah ada dan dinikmatinya .

Anak anak muda yang menjadi pelapis akan mewarisi negara ini selain dapat melihat dengan mata kepala dari dekat  negara sendiri akan menimbulkan rasa bangga dan rasa kecintaan yang perlu kepada mereka , kerana  sudah ramai anak negeri ini yang keluar negra sama ada kerana lawatan belajar dan bekerja mereka sedar bahawa negara kita sebenarnya sejak merdeka banyak keistimewaan  yang menjadi tarikan kepada negara-negarqa luar yang datang dan berulangan datang melihat lagi duduk tinggal berhari hari dan sehingga berbulan membelanjakan wang ringgit sambil membuat kajian  menjadikan buku yang dapat dipasarkan antara bangsa bahkan dipasarkan kenegara ini kita pula membaca dan baharu sedar bagaimana  pandangan orang luar selalunya tidak kurang juga yang memberikan pandfangan negativ keatas tanah ini yang sangat tinggi.

Dihadapan mata kita disiang hari yang terang benderang mereka dari luar negara asing berbondong bondong secara halal dan secara tidak halal memasuki negara ini bersama dengan m,ataharti memancar dan dimalam gulita pun mereka merebut peluang kesempatan yang baginya terluang untuk direbut dan dinikmati sehingga  melebihi mereka yang mengaku memang anak watan asali negara ini yang kelihatan terus menerus dengan keadaanya yang lemah dapat ditinggalkan jauh kehadapan yang sukar untuk ditandingi mereka yang darka dekat semasa mendarat disini berjalan kaki ayam teteapi kini mereka bukan sahaja mengenderai keaderaaan mewah besar baharu rumah kediaman mereka juga besar batu disebut banglow standing dengan banglow yang dimiliki oleh orang puteh yang menjadi penjajah suwatu waktu dulu yang kita lihat, tetapi kenapa kikta terus meneru menjadi terus miskin dan hidup hina dina dinegara kita sendiri apakah kita tidak insaf dan sedar bagaimana mereka berusaha dengan empat kerat tulangnya kerana mereka sebagai pendapatang bukan membawa harta emas berkoyan kenegara kita.

Rancangan asalnya bas bertolak jam 9.30 malam, .tetapi bak kata pepatah kita hanya boleh merancang Allah yang menentukan  kita kena menerimanya  akan diketahui hikmahnya  yang Allah berikan sama adaa disedari atau tidak. Setelah kami mengaminkan doa yang telah dibaca oleh salah seorang yang tertua dalam rombongan itu  bas pun berjalan  meloncor sehingga berhenti di di Leboh Raya Ampang dihalaman sebuah setesen minyak  BP kira-kira jam 12.30 malam bas terus meloncor mendaki Lebohraya  ke Pantai Timor mendaki Genting Simpah  sampai distu kira-kira jam 2.00 malam kami berlomba-lomba turun mencari bilik air setelah berjalan lebih dua jam dari Banting, selepas bilik air kami menuju  kedai-kedai makan yang masih berfungsi melayani ramai pelanggan  kerana sampai disitu  suasananya awal pagi  yang menarik kerana meriah ramai pelancong yang berkereta dan bas kedai-kedai makan yang bergmerlapan dengan makanan yang tersedia menarik perut yang memang lapar, semua perhatian ketempat makan yang  dihidangkan menggecorkan selera..

Ada yang tidak sabar mengambil pinggan dan mengambil makanan yang menyerlerakan  mereka  mungkin itu rombongan yang baharu hendak menuju ke pantai timur badan masih segar dan poket pun memang masih segar , kerana inilah distinasi pertama , sambil mengetyapkan bibir kesejukan  berada diatas datar tinggi yang jarang disampai perut bertambah lapar  kalaupun mungkin biasanya masa yang seumpama itu sedang dialam alam mimpi  malam itu  bila bas berhenti  kami yhang agak tersengoik senggok  terjaga kami terasa lampu terang benderang rupanya  kami sampai disebuayh setesen minya Petronas  genting Simpah Pahang bas basa lori dan kenderaan teksi lain banyak berderit derit berhenti kerana berehat mengisi minyak , masuk bilek air dan makan minum kelihatan makanan dalam almari cermin dengan hiasan lampu lampu kelihatan masih panas direstoren dalam banguan sertesen petronas seperti berada dipesta makan cuca ditas gunung sejuk menggigil menyebabkabn perot cepat terasa lapar suasana sekeliling mula siselaputi kabus sejuk memang sesuai diperkelahan  yang mengasekkan .

Saya bersama isteri saya agaknya merupakan pasangan warga emas tertua dalam rombongan itu yang memang dijadikan penasihat kata Keluarga Encik Hamid Shah.Yang kebetulan mereka sudah  ditinggalkan oleh ibu bapa kedua belah pihak  sekali gus kami menompang tuah diraikan sebagai orang tua mereka bukan sahaja dirombongan itu  bahkan dalam apa-apa acara yang mereka ada dirumah-rumah mereka bermula semasa ibu bapa kedua pihak masih ada lagi sejak dulu . makan minum kami pun berebut-rebut membayarnya, berhenti rehat distu dihadkan  setengah jam tetapi terlebih sedikit, kalau Genting Simpah dekat mungkin boleh ulang-ulang  tetapi jauh sedikit perjalanan hampir dua jam setengah,  kami meyambong perjalanan  dilaluan jalan baharu tetapi terasa juga bengkang bengkoknya kadang-kadang terasa ngerinya juga oleh kerana kami jarang melaluinya, sesekali pabila mata kami terlihat jalan yang kami lalui  jalan biasa yang tidak seperti lebohraya terasa juga gerunya apabila berseliseh secara berhadapan  hanya berpanduklan lampu kenderaan masing-masing.

Satu demisatu Bandar-bandar baharu denngan susunan bangunan hebat besar besar  merupakan hasil pembanggunan dizaman baharu selepas mereka hampir lima puluh tahun  yang sebelumnya rupa kedaan sedemikian tidak termimpi olih kita, ini  semua hasil kecekapan  membangun  negara negeri daerah mukim dan kampong olih pemimpin anak bumi negara ini sndiri , memang terfikir olih pemikiran kita bahawa negra ini pernah dicengkam dan ditadbir perintah olih kaum penjajah yang kononya  lebih pintar lebh cekap dan dari sebuah negara yang kononya sudah beratus tahun lebeh dahulu maju merdeka , walaupun mereka telah mengangkut hasil kekayaan dari negara yang dijajah
Berbanding negara kita yang baharu empatpuluh sembilan tahun merdeka masih muda  sesungguhnya Allah telah mengurniakan kepada negara kita pemimpin pemimpin kita akan kebijaksanaan boleh membangun negara kita hampir menyamai mereka mereka yang telah lebih lama beratus tahun kalau ketika ini kita pergi kenegara mereka kita tidak heran.  Bahkan dalam banyak kemajuan kita ada yang lebih baik lagi. Umpamanya sintem lebuh raya  kita yang hebat indah dilengkapkan dengan banyak kemudahan seprti tempat hentian yang dikenali dengan tempat Rehat dan Rawat  keadaanya memang lebih hebat menyebabkan pelancong dari negara  lain sangat tertarik untuk memngembara melalui Leboh Raya kita  mereka bolih mendapat kemudahan keperluan dan bolih berhenti lama atau berehat dirumah persinggahan bolih menginap berapa lama yang mereka mahu selamat selasa dan mengumbirakan.  

Perjalanan malam begitu itu  dilakukan untuk sekeluarga mempunyai masa yang  banyak untuk berbual berjalan dan bertukar tukar fikiran disamping membelibelah sedikit sebanyak apa yang teringin , diketika ini hampir semua barang yang menjadi kegemaran pembeli bolih didapati disemua pekan kecil atau besar dimana sahaja diseluruh negara asal ada wang apa sahaja  bolih didapati dengan mudah kalau pun ada sedikit perbezaan harga  yang tidak menjadi masalaah namun perjalanan jauh begini itu untuk melihat kemajuan pembangunan ditempat lain yang hamper sama sahaja iaitu sama mara maju berubah kepada yang lebih baik , bagi orang dewasa atau warga emas memang merasa berlaku perubahan yang sangat cepat dalam tempoh empat puluh sembilan tahun Merdeka berbeza dengan masa sebelum merdeka berpuluh puluh tahun memang kurang dan jarang berlaku perubahan  itulah arti dan nekmat kemerdekaan namun bagi jenerasi muda yang lahir sesudah merdeka yang tidak menyaksikan keadaan dizaman negara kita dijajah tidak merasa pahit jerih.

Secara bernasib baik kami suami ieteri banyak peluang sampai menjejak kaki  ka- England bahkan dapat juga menjejak kaki kebeberapa negara di Eropah  kalau  melalui udara sahaja tentu tidak sempat meliahat dari dekat tuah kami dapat  menjelajah dengan menaiki bas bagaimana  perhubungan jalan raya yang dipanggil lebuhrayanya  disana hampr sama dengan negara kita sama baik bahakan ada yang lebih baik lebih hebat contohnya seperti tempat-tempat perhentian Rehat dan rawat dilebuhraya kita lengkap dengan kedai-kedai menjual makan minum dan barang-barang tempataan seperti kain baju baju batik beg-beg kaun wanita dan buah-buahan tempatan yang enak serta lazat pula rasanya, apalagi kalau berjalan diwaktu malam hari, kemeriahan pengunjung pengunjung  yang membewa kaum keluarga mereka menikmati suasana alam Malaysia yang aman tenteram tidak ada perasaan takut curiga, mem,beri keselesaan kepada semua perengkat rakyat sama ada warga negara ataupun pelancong asing tidak kelihatan bezanya .  

Setelah siap semua makan minum dan membuang air kami bergegas menaiki bas meneruskan perjalanan yang masih jauh, malam gelap yang tidak kelihatan bintang sudah jam dua setengah malam sudah melepasi tengah malam sudah .masuk pagi, udara malam diatas jalan didatar tinggi itu terasa sejuk menggigit masing-masing sudah mengenakan baju tebal dudukpun mula menghimpit rakan sebelah menguyrangkan rasa dingin yang ada pasangan isteri ada juga yang memeluk isterinya dan yang berpasangan dengan anaknya juga sama-sama berpelok , jalan diaantara simpang Pekan Bentong menuju ke Pekan Gua Muasng  memang terkenal dengan bengkang bengkoknya, memang apabila basa lalu membelok pula terasa negerinya apalagi kalau berseliseh secara sama mendatang, yukkurlah pemandu-pemandu yang melalui jalan seumpama ini  bagi mereka yang sudah biasa memmandu laluluan ini  sambil kita nerdoa mohon perlindungan dan kesejerahteraan dari Allah  kita juga doakan agar pemdndunyq segar tidak dilanda mengantok ada rasa tanngongjawab menyedari bahawa basa yang dipandunya membawa penompang lelaki perempuan  tua dan anak-anak muda .

Lebeh kurang jam empat pagi kami melintasi jalan yang menembusi hutan belatara yang tebal hujung negeri Pahang yang menghubungi Kelantan disebuah laluan namanya Bukit Tujuh sampai dilaluan ini ada juga kenderaan lain yang lalu lintas oleh kerana semua jenis kenderaan bsar terpaksa merangkak rangkak sehinga sampai disatu perengkat jalan kami lebeh laju, penompang yang tertidur memeang tidak kisah tetapi penompang yang terjaga atau memang tidak mahu tertidor perarasaanya cemas, takut dan ngeri ssambil mendah tangan berdoa mohon keselatan kepada Allah , tiba-tiba bas terpaksa behenti kera injinya terhenti lampu terpadam gelap gulita tidak ada sebarang cahaya serta merta yang kaki merokok memetik mancis apainya  dan beberapa orang cuba turun tetapi pintu bas yang menggunakan kuasa api eletyrik tidak boleh dibuka kecuali pintu kecemasa didebelah pemandu , kedengaran suara pecahkan pintu, ada pula yang bersuara melarang  dalam keadaan cemas itu  beberapa orang lelaki sudah turun dan membuka injin bas yang terletak dibahagian belakang mereka melakukasa cubaan  menguji betteri injin bas  itu  tetapi tidak berjaya ‘

Maha Kaya Allah Subhanu Wataala  tidak ada kenderaan lain sama ada dari arak selatan atau dari arah utara  yang melintas, dari yang seramai itu ada juga yang teringat ada membawa lampu suluh dan mencuba menyalakanya untuk memberi isyarata lalaun  bahawa bas kami sedang terhenti ditengah tegah jaalan  dan mebahayakan laluan lain-lain  tiba tiba ada suara mengeloh yang Allah Wayar Betteri tercabut sebelun sempat dikat semua wayar betteri sudah terikat kembali sendiri sungguh ajaib !!! tidak berapa lama injin bas sudah boleh dihidupkan semula  ketika itulah juga ada sinar lampu dari arah Kelantan keselatan menuju untuk melintasi  bas kami Alhamdulillah bas kami sudah boleh bergerak dan terus berjalan lancar seperti tiada apa apa berlaku  kemi mengucap syukur kahadrat Allah, bas meluncur diatas jalan yang bengkang bengkok, agaknya sudah tidak ada mata yang mengntok memerhatikan luar bas hutan belantara tebal yang mungkin belum diterokai kalau ada pun pencuri pencuri Kayu Balok yang terkenal pintar berani dan cekap membantun pohon besar dihutan belantara yang tidak ada kemudahan sebarang jalan mereka boleh membantun mngeluarkan hasil tanpa membayar cukai hasil negara mereka mengambil keuntungan .

Lebeh kurang hampir duajam bas meluncor  kami sudah menghampira daerah Guamusang  kawasan yang terhulu dari Kota Baharu Kelantan kami berhenti disebuah perkampongan  baharu  terdapat sebuah Masjid baharu yang lengkap dengam kemudahanya kami dapat menunaikan fardhu Subuh dengan berjemaah dengan warga tempatan  dan selepas itu kami menuju kedai makan berhampiran dengan masjid yang terletak disebelah arah kanan menghala ke Kelantan, oleh kerana barang kali jarang sekali menerima pelanggan serentak ramai ramai juga diantara kami yang tidak dapat bersarapan pagi disitu.

Lebeh sejam kami menuju ke  Guamusang  kami sekali lagi berhentik dikawan pekan Guamusang yang baharu yang terdapat tempat rehat, yang dilengkapi dengan tandas yang besar dan lengkap, disitu kami turun membuang air besar dan kecil tetapi sayangnya kedai-kedai makan belum beroperasi  makan rakan-rakan yang belum sarapan terpaksa menhan lapar sehingga berjumpa kedai makanan yang entah berapa jauh lagi, kakak-kanak kecilmula bising sehingga kami berjumpa sebuah bandar yang ada bebebrapa kedai makan dan kami pun menjamu selera tidak kira yang tadi sudah minum atau disini semuanya sarapan kenyang berbagai makanzn  ada  disitu kami berhwenti lebeh satu jam bas pun mengambil kesempatan membaiki ada sedikit yang tidak berapa kena.

Langit kelihataaan hitam pekat olih mendong hitam dan hujan mulai turun secara tiba-tiba sementara menanti bas yang sedaang diperbaiki kami berpusu-pusu masuk kedaalam kedai makan ada juga yang menambah tempahan minum kopi  tea dan sebagainya sebagai tamnda simpati dengan tauke kedai kami masih ramai tetapi tidak membeli makanan lagi dan ada juga yang membeli untuk dibawa sebagai bekal dalam perjaalanan yang  memang masih jauh untuk sampai ke Kota  Baharu  dijangka akan sampai lewat tengah hari sekarang jam sudah menunjukan jamsepuluh pagi kerana kelewatan bas yang masih diperbaiki.
Sambil meleseh menunggu bas siap berbagai bagai kegiatan dilakukan olih sebahagian  ahli rombongan ada yang juga sudah membeli belah ada juga sebok bergambar dengan berbagai latar belakang yang ada disitu dan ada juga yang berkesempatan terlelap diatas kerusi kedai minum  tidak kurang juga berulang kali menempah makan makanan yang panas , yang patut dipuji perlayan pelayan kedai tidak bosan bermacam helah memujuk supaya mencuba resipi baharu  bagbi alam kanak kanak mereka tidak jemu walaupun yang ditempah belum dimakan mereka terus menempah yang lain dan mana-mana makanan yangtidak sedmpat dimakan mereka minta duntuk dimakan didalam bas sambil berjalan nanti.

Hampir jam sepuluh empatpuluh lima basa baharu siap dan ahli-ahli rombongan berpusu-pusu menaikai bas sementara pemandu dan pembantu nya dengan sabr menunggu ditepi bas sambail membantu yang tua atau kanak-kanak kemudian mereka membilang-bilang dan meminta rakan sekerusi tolong memberi tahu kalau-kalau ada yang tercicir , dengan kalimat selamat berjalan bas pun meluncur dengan lajunya menunju  utara Kelantan  ditengah perjalanan itu pemandu mencadangkan supaya singgah lebeh dahlu dipekan Kuala Krai jalan raya yang kami lalui namapak baharu dibina cantik dan licin kelihatan kampong-kampong yang kami lalui juga bersih dan rumah-rumah besar berar dan baharu  kami dapati logo-logo parti Basiran besar besdar di bina dikawasan yang baharu dimajukan agaknya itu menunjukan kawasan yang dimenangi oleh Barisan Nasional kerana terdapat banyak bendera Barisan Nasional dipasang disepanjang jalan dan juga tidak kurang juga bendera PAS  terpacak disepanjang jalan dalam kawasan yang dimenangi oleeh PAS  memangh terdapat perbezaan kerana dikawasana yang bayak bedndera PAS  tidak pula terdapat pembangbunan perumah atau kedai=dai mahaupun perkilangan .

Sampai di pekan Kuala Krai sudah jam satu tengah hari perut pun sudah mulai lapar  apa lagi turun sahaja dari bas tempat yang dituju ialah kedai makan, saya pun demikian juga selain kedai kana  kami mencari tandas,  saya menuliskan ini tidak bermaksud memburukan keadaan setempat itu namun itulah yang kami temui tandas terletak dibawah kolong kedai dengan keaadaan yang sangat tidak sesuai  kalau dibandfingkan dengan tempat makan kawasan penlancongan tandanya kotor pintunya dengan kain sahja ayer untuk m,encui dibekalkan dalam tong yang kotor dan karat , apabila saya naik ketempat makan selera saya sudah terganggu , mahu tidak mahu kerana perut lapar kami suami isteri kana jagong baker sahaja sambil minum air minirel , kedai-kedai yang menjual barang-barang yang mungkin dari negara jiran  berbentok bamngsal  beratapkan zing damn disingnya dari kain-kain kembas yang barang-barang jualan  barang-barang yang dijual pun menjadi kurang menarik, memang tidak menarik dan kami tidak banyak membeli belah disitu, sambil baalik menaiki bas mereka merungut rungut tempat itu tidak payah dijadikan lawatan lebih baik meunuju teros ke pekan Rantau Panjang  bas pun berjalan.

Laluan dikiri kanak jalan yang kami lalui itu banyask terdapat kawasan yang kering rumputnya kering dan pokok pokok tumbuhanya kelihatan tidak subur , setelah impang siur berbelok belok sampail;ah kami di sempadan Pekan Rantau Panjang  jalan yang kami lalui berhampiran sungai Golok sempadan negara Malaysia dengan Thailand terdapat pos pos kawalan keselamatan mengawal sempadan terus menerus , sementara itu rakan pemandu bas memberi tahun di Sungai itulah selalu berlaku orang menyeberang dari Thailand ke Malaysia tetapi tentera kita tidak samp[aio menembak bahkan hanya menangkap akhir dipulangkan semua setelah proses perundangan dilakukan.

Dalam keadaan badan yang leth lesu kami sampai di pekan sempadan yang menjadi egauan ramai pelancong pelancong yang ke pantai timor untuk membeli belah dan tidak kurang juga yang sengaja   mencari hiburan maksiat diseberang pekan kawasan Thailand itu juga banyak warga kita yang  mencari pasangan dari warga Thailand atau juga melakukan pernikahan sama ada mengelak diketahui isteri keluarganya atau kerana sukar untuk bernikah maka datanglah mereka kesempadan ini menggunakan orang tengah yang memang usaha kerjanya demikian, Ahli-ahli rombogan kami tumpuan utamanya ialah mebeli belah   barang barang yang didatangkan dari seberang negara jiran yang harga memang lebeh murang berbanding ditempat lain  tetapi kalau sengaja datang untuk membeli  semata-mata harga akan jadi lebeh mahal kerana tambang menambang makan minum sedang barang-barang uyang seumpama itu melambak-lambak bolih didapati di pekan Nilai Tiga  Negri sembilan tempatnya bersih aman hampir, bolih sampai bila bila masa
Ahli ahli rombongan yang sebaya dengan saya datang kemanapun tempat yang dituju ialah kedai makan .untuk mendapatkan kopi “ O “ dibiarkan isterinya pergi memilih membeli belah walaupun ada setengahnya mengheret juga suaminya bersama memilih membeli belah dipekan yang berkeadaan kurang bersih menekala bekalan airnya pula berwarna hamper perang tidak jernih air pilinya tidak ada pilihan,  Kami mulai masuk pekan itu mencari Surau atau Musolla  memang ada seperti kedai dua tingkat kami bergilir gilir kerana sempit dan seperti yang saya katan diawal tadi keadaanya memang kurang menarik kurang bersih dan seperti tidak ada penyelenggara, Setelah habis Bandar itu dikel;ilinginya dan masing-masing membawa belian sehingga tidak termuat tempat dan terpaksa ditelah dicel;ah-celah tempat duduk sedang ini baharu hari pertama dabn baharu diktempat kedua entah bagaimana pula hari esok, sambil berjalan menuju laluaan pemereksaan kastam masing menyiapkan risit belian  dan agak bertuah juga apabila pihak kastam dimaklumkan kami sekeluarga segaja datang berkilah mereka percaya Cuma naik dan menyruroh bas berjalan tidak ada yang dikenakancukai.

Sambil tersenggok segok mengantok dalam bas berjalan melalui kampong sawah dan denai sampailah kami di Bandaar Kota Baharu  sedang hari sudah hamper senja malam pertama di Kelantan Bas berhenti dilapangan bas berhampiran Masjid Kota Baharu sementara Encik Hamid dan beberapa pembantunya mencari rumah pengninapan  hamper jam tujuh setenah malam baharu dapat tempat disebuah  hotel murah  kampi naik ke hotel  olih kerana hotelah yang tempat terlewat telah dibatalkan tempahanya berpindah tidak jauh  dari situ kami ditempatkan ditingkat lima sedang hotel tidak berlif kami diberitashu ditengkat bawah agak sedikt mahal akhirnya kami sewaa sendiri. Olih kerana isteri saya baharu sahaja lepas pembedahan  sejak awal malam semalam tidak cukup rehat beliau tidak bahu turun makan malam makan saya seorang sahaja turun mencari nasi goreang kampong kami makan dibilik dengan dua tea dan koipi bungkus  lepas makan mata sudah tidak mampu bertahan makan tertidorlah malam diKota Baru  dengan yang sangat meletihkanehingga kesubuh terjaga olih suara azan dari masjid yang tidak jauh itu.

Kami fakir kami yangterawal turun mencari minum pagi rupaya ada yang  lebih awal lagi kerana lapar dan ingfin menghiruf udara pagi di Kota Baru  dan ingin mmencarik nasi dagang  Cuma sayangnya nasi dagang di kota Baru kuahnya manis agak kurang menyelerakan orang dari pantai barat, ramai yang masuk Pasarr Khatijah membeli maxcam-macam kuah dipasar itu dibawa kebiolik makaan sesama keluarga olih kerana belianya terlalu banyak sehingga dibawa kedalam basa ketika balik dipaanjangkan kepada keng kawan apabila perot lapar habis juga dimakan, sepagi di Kota Baru membeli belah sakanlah masingp-masiing selagi basa belum bwerjalan ada sahaja barang yang  hendak dibeli masing-masing memang segaja menyiapkan wang untuk dicurahkan di Kota Baru.

Sambil bas berjalan bergerak mengarah pulang tangan melabai selamat tinggal Kota Baru. Masing masing bercerita malam tadinya mereka menyusop baanyak tempat dan ada yang menyewa teksi berjalan kerumah kawan kenalanya diluar Kota Baru jauh bewrpulu puluh bartu ada juga yang hadiahkan ayam serama  ada yang dihadiah kain atau baju batik tidak kurang juga dihadiahkan ubat ubatan tradisional  dalam seram,ai dalam bas itu ada juga yang mendakwa blum kamakan dan lapar miinta berhenti kalan jumpa tempat yang sesuai .

Setelah bas berjalan agak jauh tetapi masih diNegeri Kelantan lagi sampailah disebuah masjid besar melihat tulisan dipapan nama masjid baharu yang tersergam itu di kawasan Parlimen Datok Anuar Musa kami berhenti menumpang sembahayang  dihujung waktu zuhur belum sempat kami menunaikan zuhur kedengaran suara bang asar maka kami terus menunaikan Solat Jamak Takkhir Zuhur dan Asar selsai Solat kami menjengok-jengok kedai makan tetapi tiada yang sesuai bas kami terus mara kehadapan berjalan agak jauh juga sehingga sampai  di bandar Gua Musang kami berebut rebut turun mencari bilik air yang lain menuju kedai makan memang banyak apalagi disitu banyak pilihan selsai makan kami mengerumuni penjual buah buahan ditepi jalan apabila ada yang memulakan membeli ramai pula yang menjadi pengikut

Hari semakin petang matahari sudah condong hamper menghilang disebalik awam merah mambang senja laluan semakin menuju keselatan mula jalanmendaki menuruni bukit berliku liku kenderaan dari arah mendatang dihadapan sudah mula memasang lampu kerana cuaca mulai gelap kenderaan dari arah hadapan mendatang menghala ke Kelantan banyak juga sama arah dengan bas kami banyak pula lori yang membewa muatan kayu balak yang penuh muatan sehingga kalau mendaki bukit hanya seperti melata sahaja apabila bas kami member isyarat hendak memotong memang diberi laluan sambil memtong pemandu membunyikan hon sambil mengangkat tangan tanda teria kasih selamt kami memotong melalui jalan berliku sementara dikiri kanan hutan tebal gelap sunyi saya terfikir kalaulah enjin kenderaan meragam atau rosak menyebabkan terpaksa berhenti sedangkan perjalanan memang masih jauh untuk mendapatkan perhidmatan bagaimana agaknya mereka adakah terpaksa tidor diasitu aedang hutan tebal tidak mustahil akalaulah keluar binatang buas liar seram tengkok memikirkan walaupun begitu tidak pula terjumpa kenderaan yang rosak kebanyakan lori yang panjang dengan muatan merengkik dengan deruan injin meneran mendaki terlalu perlahan kalau orang berjalan kakipun bolih memotong nya.

Berjalan menembusi hutan belantara yang tebal gelap malam itu ramai juga yang terlena kerana penat orang yang begitu tidak terasa apa keadaan kerana dibuai mimpi agaknya nah tiba tiba ada yang meminta berhenti kerana sudah tertahan menahan air kencingnya dan terpaksa turun juga ditepi bas itulah dilepaskanya basoh air menerel dalam keadaan begitu ada juga yang tukan usik ha!! Baik baik kalau semasa awak memancut pak belang ada dihadapan tetapi yang hendak terkincit itu sudah tidak tertahan terpaksa turn juga yang bainya pembantu pemandu sama turun membawa lampu suluh menemaninya selsai sahaja kawan yang sebenarnya terasa takut dan gerun itu cepat cepat melompat naik sambil membuat cerita karut kononya dia ternampak benda berbelang dicelah celah daun hutan tebal itu apalagi wanita yang bersebelahan itu mengilai ketakutan wal hal cerita karutnya itu rekan sahaja demikianlah sepanjang jalan selama hamper tiga jam menembusi laluan yang sudah biasa dilalui olih pemandu bas yang berulang alik tidak pernah terjumpa apa pun Cuma mereka mengigatkan supaya beringat jangan cakap yang takbor celupar almajklumlah hutan belantara yang masih dara mungkin banyak penghuni dari orang bunyian atau jin setan katanya.
Jam Sembilan mal;am sampai dipekan Bentong Pahang pemandu yang sudah biasa dengan perjal;anan jauh dan tahu dimana patut berhenti dibawanya kami berhenti dikawasan tempat yang kemudahan membuang atau untuk makan minum disitu kami berhenti setengah jam naik basa semua dan meneruskan perjalanan yang masih jauh lampu dalam bas dipadan hanya memasang satu lampu kecil dibahagian sebelah belakang bila lampu dipadam yang kaki tidor terus mendengkor yang mana masih terjaga berbual bual dan ada yang meminta dipasangkan Pt Vedio memainkan Filam Hindustan yang minat menonton yang tidak minat memerhatikan lampu bas menyuluhi jalan raya yang berliku liku hampir pukul satu malam sampai diperhentian Genting Simpah ketika itu hujan germis masaing masing yang ada baju tebal mengenakan baju tebalberlari lari turun mencari bilik air ada yang melakukan Solat Jamak Maghrib dengan Isyak ada yang mencari kedai kaan kerana perutnya sudah lapar, dalam perjalanan jauh begitu tidak kisah masa yang bagaimana kalau jumpa kedai makan makanlah makan masak yang ada sudah sejuk masing masing menempak makannan panas bila kawan ramai makanpun berselera tidak ada yang tidak turun.

Walaupun sudah memasuki Negeri Selangor Negeri sendiri tetapi hari sudah menjelang pagi tidak dapat mengesan entah melalui jan mana hanya apabila memasuki jalan menghalan Banting baharulah dapat mengesan dimana kerana dari jalan lebuh raya yang besar dan licin sekarang memasuki jalan yang kurang elok senetiasa berselisih dengan berbagai bagai kenderaan berhadapan atau sehala hamper jam tiga pagi sampailah dipekan Banting  kemudian masuk kekampong kami kami melalui hadapan rumah dahulu kami diturunkan dahlu sampailah dirumahdisambut olih anak bungsu kami Atfan jam  hamper pukul tiga setengah pagi hanya lebih kurang sahaja mengemas beg yang dibawa pulang bersama sedikit barang belian kamipun mandi air hangat Solat Mgahrib Qada Solat Isyak terus kebilik tidor bersiap  untuk rehat serta beradu  cukup nikmat setelah keletihan beberapa hari tidak cukup rehat dan tidur dengan mwembaca tiga Qul  malam itu bermimpi seperti masih di Bandung lagi lain tahun melancong lagi.

No comments:

Post a Comment